senang..senang klik bah ni..

Friday, February 18, 2011

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU..

Asalammualaikum w.b..Bismillahirrahmanirahim......Halluuu semua kawan-kawan semua..moga hari anda di penuhi Limpahan Rezeki..dan penuh kebahagian..buang yang keruh amik yang jernih...kalau tak jernih-jernih jugak...pandai-pandai lah letak tawas bekilo-kilo ya...


ermm mood hari ni biasa-biasa saja..tangan pun rajin sikittttt mahu menulis blog ni..kesian blog aku ni..jarang2 tuan nya balik umah..:P





Bagi kawan-kawan semua yang berhujung minggu..bawa lah keluarga tu pergi berkelah ya
tak pun shoping ka..tak pun piknik belakang umah ka...panggang ikan,sayap ayam tu baru lah best....tidak pun ampai saja tilam tu depan tv...hadap lah tv satu hari :P,



Bagi Remaja tu buat la perkara yang berfaedah...



okkk mood nak jadi ular jap...taaaaaaaaaa...

Saturday, February 12, 2011

DIET ZAMAN BATU (INFO UTUSAN MALAYSIA)

Diet zaman batu?


DI zaman batu manusia kuat, tegap dan sihat dengan amalan makanan yang kurang dimasak.

--------------------------------------------------------------------------------



SEMASA berkunjung ke China dan Vietnam hati terdetik melihat rakyat di situ yang rata-rata mempunyai berat badan ideal. Mereka tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus.

Apabila berjumpa dengan beberapa doktor di kedua-dua negara, mereka mengesahkan kadar obesiti di sana sangat rendah.

Saya terpanggil untuk meneliti dengan lebih terperinci corak pemakanan yang diamalkan sehingga membolehkan sistem hormon metabolik di dalam dalam tubuh mereka berfungsi dengan begitu baik sekali.

Saya dan Dr. Muzvin yang mengendalikan klinik Isahak di kompleks PKNS Shah Alam terpanggil ke Vietnam sekali lagi dua minggu lalu. Kami membuat suatu eksperimen dengan mengambil makanan Vietnam selama beberapa hari. Kami ingin merasai sendiri budaya makan di sana agar dapat mengubah corak pemakanan ke arah yang lebih baik serta menghebahkan kepada keluarga dan para pembaca yang saya sayangi.

Sarapan pagi masyarakat Vietnam adalah semangkuk ulam (lebih kurang segenggam) dan sup bihun. Cuma sedikit bihun dimasukkan dan ditambah cendawan serta sayur-sayur yang direbus sekejap. Sup sayuran itu dibuat tanpa menggunakan minyak. Masyarakat Vietnam yang beragama Islam memelihara sendiri ayam dan ternakan lain dan memastikan haiwan itu turut memakan sayur-sayuran serta rumput yang segar.

Selain sup, popia berintikan sayur-sayuran turut dihidangkan semasa sarapan. Sayur-sayuran itu dimakan mentah. Hidangan tengah hari juga merupakan sesuatu yang unik bagi kami. Menu di semua restorannya menawarkan sayur-sayuran jauh lebih banyak berbanding ikan, ayam dan daging. Kami menjeling beberapa wanita Vietnam yang sedang menikmati makanan tengah hari. Mereka makan tiga jenis sayuran dan satu jenis lauk sahaja iaitu ikan goreng. Nasi pula hanya setengah genggam.

Di Vietnam kami tidak berjumpa keropok atau makanan segera yang berperisa. Di mana-mana rakyat mereka mengunyah buah-buahan segar atau jeruk buah-buahan. Mereka turut memakan umbut dan kacang namun kami tidak berjumpa kentang dan juga ubi keledek.

Kesimpulannya, mereka tidak mengamalkan karbohidrat yang banyak. Mereka juga tahu bahawa makanan yang perlu dimasak sampai empuk mempunyai sejenis toksin yang merosakkan tubuh badan.

Di dalam diet kita sehari harian, karbohidrat merupakan komponen terbesar. Di sebelah pagi kita dihidangkan dengan nasi lemak, nasi goreng, nasi dagang dan pelbagai jenis nasi, mi serta roti. Makanan berasaskan gandum mengandungi karbohidrat hampir seratus peratus.

Karbohidrat merupakan salah satu gizi makanan yang mustahak untuk menghasilkan tenaga di dalam tubuh kita. Dalam kesihatan moden, karbohidrat boleh dikategorikan sebagai karbohidrat baik dan karbohidrat tidak baik.

Secara asasnya, semua karbohidrat merupakan bahan berstruktur gula. Jenis karbohidrat dikelaskan mengikut bilangan gula di dalamnya iaitu:


•Monosakarida: 1 unit gula seperti glukosa dan fruktosa


•Dissakarida: 2 unit gula seperti sukrosa dan laktosa


•Oligosakarida dan polisakarida: Banyak unit gula seperti glikogen, kanji dan sellulosa

Secara umumnya, jenis jenis makanan yang mengandungi karbohidrat sihat adalah buah-buahan, kekacang, sayur sayuran.

Buah-buahan

Walaupun buah-buahan merupakan sumber karbohidrat yang sihat, namun begitu tidak semua buah-buahan adalah sama. Buah buahan yang mengandungi kandungan gula yang rendah seperti nangka atau lemon adalah lebih baik berbanding buah yang mengandungi gula yang tinggi seperti mangga dan pisang.

Buah buahan yang mengandungi gula yang tinggi menyebabkan paras gula meningkat dengan cepat di dalam darah apabila dimakan. Keadaan ini akan merencat penghasilan hormon yang perlu untuk anti-penuaan dan kesihatan seperti kortisol , growth hormone, testosterone, estradiol, DHEA dan androstenedione.

Peningkatan gula yang tinggi akan merangsang penghasilan hormon insulin di mana insulin akan menukar gula kepada lemak di dalam badan.

Lemak yang dikandung badan akan digunakan semula sebagai tenaga. Proses penukaran lemak kepada tenaga berlaku di mitokondria iaitu kilang tenaga dalam badan. Bagi membolehkan proses ini berlaku, kita memerlukan sistem hormon yang baik. Hormon metabolik perlu berinteraksi dengan enzim bagi membolehkan protein menjana tenaga daripada lemak.

Hormon adalah molekul aktif terbina daripada protein yang dikeluarkan oleh kilang-kilang hormon di seluruh tubuh kita. Otak kita mengeluarkan banyak jenis hormon yang mengawal metabolisme, pembesaran, daya ingatan dan jantung. Malah tidur juga dipengaruhi oleh hormon. Ini bermakna gejala insomnia juga disebabkan hormon yang tidak cukup.

Masalah hormon tidak cukup menjadi persoalan yang amat menarik. Besar kemungkinan faktor makanan kita yang sering ditambah agen pengawet menyebabkan kerosakan pada sistem hormon kita.

Kadar peningkatan gejala diabetes dan jantung membuktikan kepada kita bahawa kerosakan hormon merupakan fenomena moden yang perlu ditangani segera. Begitu juga peningkatan kadar obesiti yang merupakan masalah seluruh dunia. Mereka yang obes bukanlah seratus peratus disebabkan makan banyak. Masalah ini berpunca daripada kerosakan hormon dan menjadi kitaran obesiti yang menakutkan. Kita harus mengkaji amalan pemakanan di negara yang belum tercemar dengan budaya pemakanan dari barat. Kita harus mencontohi cara pemakanan yang sebegitu.

Toksin di dalam karbohidrat merosakkan kesihatan kita sekali gus menjadikan kita lemah, lesu, cepat tua dan diserang pelbagai penyakit.

Makanan yang terbaik adalah makanan yang tidak perlu dimasak lama. Tiada toksin di dalamnya yang perlu dibuang melalui pemanasan. Seandainya makanan itu perlu dimasak lama sebelum boleh dimakan itu bermakna makanan tersebut mempunyai toksin yang banyak. Kalau dimakan mentah akan memudarat dan mendatangkan penyakit. Saya memberi contoh kentang, nasi dan ubi yang tidak boleh dimakan mentah. Ikan dan daging lebih cepat masak berbanding nasi. Cuba anda fikirkan yang manakah yang lebih selamat dimakan. Di zaman batu (paleolithic) manusia sangat kuat tegap dan sihat dengan amalan makanan yang kurang dimasak. Diet paleolithic menjadi satu isu yang menarik untuk dikaji.

Black Eyed Peas - The Time (Dirty Bit)







Hallluuu...tengah borink-borink ku layan lah lagu ni sandri dalam bilik..tetapi apasal dengar lagu ni pandai plak begerak sendiri kaki ni mau menari...choyyyy..wa bukan kaki clubbing tau..tapi kalau pasal tari menari memang sia sangat suka..walau pun takat injut-injut sumazau jak ku tau...hantam sajalah..yang penting ada macam menari..layannnn..



kalau mau di ingat- ingat lagi Zaman kegemilangan kumpulan
Feminin,kru..nico,koko..kopi ntah apa nama kumpulan lagi...wahhh... memang saya tidak boleh ketinggalan ikut itu RAP bah...menari kaki juling2 tu...hahahaha..Rambut Gunting Ala-Ala Feminin lawa ooo :P....



Lepas tuuuu...Lepas tuuu aku belajar Shuffle jugak la di Rumahh depan Singki Sambil cuci piring....Tak pasal2 Kena supel gak lah pakai sendok dari belakang coiiiiii..makku ndak spoting...


ahhh Sekarang Ni sia mau Jadi Fregie lagi...okkk la Sia mau layan dulu menari ni..Jom kita Nari....

Thursday, February 10, 2011

SIRI WANITA ANGGUN

Banyak-banyak Bau,Bau apakah yang paling disukai seorang isteri?Bau Belacan atau bau Sambal petai,Bau Budu atau Bau ikan Masin? Macamana dengan bau Badan Suami Anda?








Sebenarnya, Bukan Hanya Bau suami yang buat isteri Teransang.Banyak lagi faktor yang Menentukan anda sentiasa jatuh cinta lagi pada suami.Tetapi,hal-hal yang rasa-rasanya tak penting ini biasanya dilupakan,



Bau Suami Menunjukkan keperibadian yang sejati.Kalau sengatannya masam saja,tentu orang akan perasan suami kamu ni pemalas kah?"..Malas Mandi!oh....patutlah isteri dia pun pemalas,Pengotor,dan tak pandai Berhias...



HAiiiiii sedap mulut ko..apa pasal pula isteri pun kena tempias nya? MEmang tidak semua suami yang berbau masam tu beristeri pemalas.mungkin saja suami mempunyai masalah Hormon..di ulangi Hormon yaaa sehingga Menyebabkan Badannya Berbau Atau Masalah Tabiat Buruk Yang tiada kena mengena dengan isteri



Tapi tidak salah jika isteri ambil tahu sedikit tentang penyakit bau tak sedap yang dideritai suami.ini kerana ia bukan hanya memberikakan kesan keintiman,juga Menunjukkan tahap penjagaan kebersihan diri yang di Tuntut Agama..


seorang suami yang berbau wangi,berpakaian kemas,wajah Bersih,rambut licin,matanya memancarkan kemesraan di tambah senyuman yang ikhlas cukuplah jadi pemawar hati isteri.Tidak mustahil Tabiat yang baik itu akan menular kepada orang yang kita sayang begitu pula dengan kebiasaan buruk.kalau lah suami berpenampilan 'kacau-Bilau boleh jadi isteri tak bernafsu nak berhias untuk suami..




Lagi infonya disambung ya..gue mau pegi jamban dulu..

Wednesday, February 9, 2011

bomoh tererrr sekadar untuk senyuman..

bomoh hebat!!!!
Alkisahnya seorang bomoh yang sangat3 hebat mengalahkan bomoh dalam hantu kak limah tu...pada suatu hari yang suram, datangla abu hurairah dan sahabatnya sulaiman untuk mendapatkan rawatan tradisional sekaligus meminta nombor ekor ala2 ngangkung gitu..
sesampainya di rumah bomoh tersebut, baru je abu hurairah dan leman nak bukak mulut perkenalkan diri,terus je bomoh ni ckap x pyah perkenalkan diri.."tak perlu anak muda... atok dah taw sapa nama kamu"... "kamu ni abu hurairah kan? dan kamu sulaiman kan?"

terkejot berok abu hurairah dan sulaiman dengan kehebatan bomoh tersebut... dalam hati mereka,mesti bomoh ni dah taw msalah n tujuan aku datang sini... so abu hurairah pon dengan rendah dirinya tanya "mana atok taw nama kami?"... atok pon jawab, " kamu pakai baju kerja, ade nametag" atok tgk kat nametag

Tuesday, February 8, 2011

cerita tak bleh blaa..18 sx..hati2 namakan bluetooh :P

Sudah enam bulan Azman tak pegi shopping semata-mata nak himpun duit beli handphone baru. Maka hari ini tercapailah cita-cita Azman untuk memiliki handphone Nokia yang boleh serba serbi itu. Di beleknya handphone kesayangan sambil menekan butang keypad. Bila tiba pada pengaktifan Bluetooth, maka Azman berfikir apakah nama yang sesuai untuk diberikan kepada identiti Bluetoothnya, maka tanpa berfikir panjang Azman menaip "Lancau Bapak Lu!" sambil tersenyum happy.

Satu hari, Azman pegi ke kedai hanphone untuk donlod lagu terbaru, sampai ke kedai Azman terus memesan 20 lagu untuk di donlod ke dalam fonnya. Taukey kedai terus suruh Azman ON kan Bluetoothnya, maka setelah di ON, taukey kedai pun semacam tak percaya terus tanya Azman.

"Ini Lancau Bapak Lu ka" Taukey tanya Azman sambil tunjuk pada handfon Azman.

"Bukan ini handphone gua baru beli" Azman jawab sambil pandang muka taukey kedai semacam jer.

"Wa tau, wa tanya ini Lancau Bapak Lu, lu punya nama ka" Taukey ulang sekali lagi.

Azman terus hilang sabar, di hempuknya muka taukey kedai dengan henfonnya sambil kata...naah amik lancau bapak kau. Taukey terkejut beruk sambil kata "Ini macam punya olang pun ada ka, haiyaa"

Azman belah balik rumah tak jadi donlod.

Thursday, February 3, 2011

Resepi Sup Ayam ABC

ehhh..ehhh apa mimpi aku nak bagi resepi ni pula..sesaje mood rajinlah katakan..

korang ingat ice abc jer kah ada hah..jangan ndak tau sup ayam pun boleh dipermudahkan semudah ABC..macam iklan Tv tu hehehe..ok saya ajar untuk awak-awak semua yer,bahan yang di perlukan untuk resepi ni:

bahan-bahan:
1 ekor ayam(dipotong sesuka hatimu lah)
2 biji lobak putih dipotong bulat
2 biji lobak merah dipotong bulat
3 biji ubi kentang dipotong 4..
7 biji kurma merah (yang ni beli di wahcoi pun ada :P)
2 ulas bawang putih(ditumbuk pakai lesung ya..bukan tangan)
2 ulas bawang merah('')
1 ulas halia di hiris nipis
2 tauhu di belah 3,dan di potong dadu.
Garam dan juga perasa
(rempah sup empat sekawan)


cara membuat:

Ayam yang telah dipotong dibersihkan dan toskan,kemudian tumis bawang merah,putih,rempah sup empat sekawan dan halia hinga naik bau,masukkan air secukupnya berserta ayam yang telah di bersihkan tadi.. masuk semua bahan seperti lobak merah,lobak putih,ubi kentang dan juga kurma merah,kemudian garam dah juga serbuk perasa secukupnya..masak hingga empuk dan sedap..







Tadaaaaaaaaa dah siap senang jer kan...hahhh bagi musim hujan, mendung-mendung,sejuk-sejuk gunung kinabalu sedap melahap sup ni..ini la kegemaran aku..makan sup-sup, sedap weyyyy..pic later saya upload yer..


p/s:kurang minyak dalam masakan yer...

Gong Xi Fa Cai..

HAlloo salam jumaat sekalian...wahh baru ada hati aku nak berblog ni hari..tapi tiap kali ku nak update blog mesti mood tu datang hari jumaat..Apesal pulak ni ya...harap2 jangan tiga jumaat lagilah...huhu jangan pikir pulak aku nak mati ya..aku nak berbahagia la...



Merepek..di kesesempatan ini aku ingin mengucapkan HAPPY CHINES NEW YEARS...AND GONG XI FA CAI..bagi yang menyambutnya dan seluruh warga sabah khususnya dan seluruh rakyat malaysia...(Ewahhhh ucapan mengalahkan isteri perdana menteri ko nyah...)



Tahun ini ada tahun arnab bagi masrakat china..tahun yang membawa rezeki..iya ke? aha iya la..kena usaha baru rezeki tu datang..betul tak...dan bagi yang lahir tahun rabbit ni..mesti GIGI dia pun macam Rabbitkan..hahahah soly ahhh wa gulau saja ooooo




bagi yang bercuti selamat bercuti yer...jaga diri hiasi peribadi..tak lah macam hamba ni..hari-hari adalah untuk kerja..dan kerja untuk hari- tak lama lagi aku nak pegi umrah lah kalau macam ni..Aminnn....

digoyang pica-pica..

MyEm0.Com heloo...sambil baca-baca jemput minum kopi yer..dan jangan lupa sila klik si nuffnang itew...terima kasih..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...