senang..senang klik bah ni..

Friday, December 17, 2010

YAnG MeNAriK Di SAbAh BaH...

MeNGApa bah KAu bErubah MEngaPA BAh....helloppp..selamat siang sebab aku tulis waktu siang ni..:P dan moga hari ini penuh kecerian untuk engkaw- engkaw semua..tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan tahun 2011, maka bagi yang belum tercapai untuk tahun 2010 ni bawa lah ke tahun 2011....usia pun tetap juga bertambah kan...tapi jangan risau..Guna lah SAFI BALQIS 24 GOlD...:P

"USia HAnYa pada Angka Tapi BUkan PADa WAjah.....





Ok...ok...ok Berbalik pada entry di atas..aku nak kongsi-kongsi kan tempat2 yang Menarik Yang berada di sabah ni...JOmmm JAlan- JAlannn...ahhhh kali ni kita mulakan PerJAlanan Trip Convoi Dari KaWasan TAwau DAhulu yerr..( trep GIler Nak mampus ni..Verangan NAk jadi pengacara RTM 1 TETap UNguLLL... hehehehe)

Ahhh KAlau kORang NAk TAu Tempat YAng Selalu Di kunjungi Di Kawasan TAwaU ni IAlah

Taman BUkit TAWAU...Tempat ni memang menarik sejukkkk jer...kalau aku p sana pasti taknak mandi...hehe ehh..eh tak lah..mesti mandi punyeee..lugi tau...






Ah Ni pemandangan dari luar saja..meh JOm MAsuk..masuk..masuk...ndak payah bayar tiket..hehehhe ( ni nak kena pelempang ni..)..bayaran tiket murah saja..hanya Rm5.00 untuk seorang..murah kan, siap boleh bawa makanan sekali sambil berBBQ tau emmm enak Sunguhh..bagi yang tengah hangat bercinta tu terutama budak cekoyah..emmm disini lah tmpt derang mengedik..geramm macm nak bagi makan selipar saja..(.eh lari dari tajuk ni heheheh)



Ahhh yang ni pula Engkau hahaha..ehhh tak la..ni tukang Skondeng..sapa2 yang mandi letak baju atas batu, ahh balik tak berbaju lah korang...selalu orang Tawau call Taman bukit Tawau ni TABLE..taktau la..memandai jak derang bagi nama Meja di bukit ni..lagi kawasan ni terdapat bukit gelas..Gelas Minuman tu ya...KOlam Air panas..memang best la...Bagi Korang2 yang darah Tinggi tu lah pergi ke kolam air panas ni..sbb ada kengkawan pacat yang boleh tolong hisap darah kalian yang tinggi tu.....



Ni lah dia gambar sungai yang sejuk..dan terdapat ikan..ikan yang mahu kena panggang..nyesal aku tak bawa pancing...terpaksa siut pakai baju jerrr..(siut tu..tangkap pakai baju ...:P)




Lagi..lagi..lagi..yang ni pulak gamabr air terjun..bahaya tau..jangan korang memandai terjun2 di air terjun ni...tak pasal2 korang masuk lubuk..emm banyak lagi tau gambar tapi takat ini saja bawa anda jalan merayau kitakk..hihih...jumpa di episod akan datang..tunggu tau..kemana kita kali ni...

Thursday, December 16, 2010

PaTAh TUmbuH HiLAng BErganTI..

Doa Akhir Tahun:



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.


Doa Awal Tahun:




Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Thursday, December 9, 2010

window shoping & honeymoon

arghhhhh...geram..geram..geeerammmm betulll..apakehalnya dengan aku ni..dah giler ker.hahhh..ah tengah gila + geram la ni..besa la org pompuan ni kan tiap hujung bulan..ada lah nak serve2 baju konon.mau serve2 jak la..tapi mata ni kelabu sangat tengok baju yang cantik2..tapi ni hah pompuan jenis TAk sedar diri punya..dah lah kau tu gemok..pewut buncit..lengan geleber peha besar ada hati nak berfesyen Ala stacy uwekkkk..hahhahahah

Ni la aku ni tak sedar diri kan..tadi aku pegi sebuah butik ni.mmg baju best2 lah..harga pon best2 jugakla..jadi mau dijadi kan ceretera~~` cerek lab bilang :P ~~~~
kebas ler baju satu ni ala2 kulit rimau..klu nasha aziz pakai pansti ngetop weyy..tapi aku ni yang langsing nak mampos pon beli lah baju tu..walaupun tak pandai terima hakikat yang engkau tu boroi..tibai jer lah p kaunter tanpa mengeteskannya..bayar jer lah...harga rm68.00 takda less punya..pastu terbayang kan kat minda ni fesyen aku ala micheal jakson siap nari2 lagik choiiii kau..

hahh pastu tel satu member ni..nak dikatakan nama penyanyi ndak juga..tapi kasi trep lah nama dia ana liyana jasmani..ok tak..ok tak...kol dia bawa jalan kejap heheheh singah satu butik ni fuyooo jauh beza ler baju yg saya beli tu dengan butik kami kunjungi...geram la..kena tipu lagi weyyy..tak pa..takpa...tapi kesian juga ler kat aku ni hujunh bulan baru la nak merasa dapat baju baru..besa la nak berjimat cermat..


Tapi Alhamdullah..aku besyukur juga dapat suami yang terchenta beri ku nafkah bulan2 hehehhehe love my hubby..kitaorang rancang nak g honeymoon tau..nak p mataking island(wahh salah lagikk heheh) wahhh bestnyaaa..sapa nak ikut angkat tangan...bestttnyaaa dapat belari di tepian pantai sambil menyanyi kuch-kuch hotak heeey..bercanda di tepian pantaiii wuuuuuu..oooooo..sengal lah engko..

Tuesday, December 7, 2010

Tinjau..tinjau

samekummm... fuh cuaca yang sangat panas hari ni...kegiatan hari ni besa lah..mcm hari2 yang telah di lalui..boring hadap kom..ahhh p lah menjadi ular anakhonda hehe p menular..nular..boring ler hari2 menghadap perkara yang sama..dengan lagi hadap hantu ni hahahhaha mencinyaaaaa..nyampah tahap gabah dah ni.eii lau blh ku hancur..hancurkan pakai lesung batu,alangkah bagusnya..birah fonen..


hari ni juga aku dan berjalan2 cari rezeki..dimana aku n patner ku p meninjau2 kedai tuu..(wahhh mau jadi bos udah bah) heheh..ok la tu kan..kita ni mesti buat perubahan dalam kehidupan..klu setiap masa,tahun, hari,dan saat.mcm tu jer...ahh bawah kaki orang jer lah..sampai bila lah nak wat keja ngan org kan..yang penuh stress..di tambah lagi dengan menatang sorang ni hehehe..

well...well.welll..di harap penghijrahan ni suksek dan selamat..selamt maju jayaaa..

Wednesday, December 1, 2010

Hahahhaha

Hahahahaha..ni nak giler dah ni...ape lah nasib aku..cek kat nuffnag duit aku hanya 40 sen saja..hikhihkhihk..besa lah blog paling tak glamour katakan follewer punn entoh lahh ishh kesiankan aku..ahahahha takpa..takpa ko situ bayu glamoures yang tak glamaor diam2 pegi main jauh-jauh sana...wekkkk...

banyak sebenarnya blog yang femes2 yer..sedikit sebanyak adalah aku p jenguk2 blog derang tu..mmg comel2 belaka..fesyen2 terkini dan up 2 date lah katakan..berbanding aku ni hanya wanita dipingiran..(cewahhhh) trep sedey konon..erkk ye lah memang betol pon..siapa lah aku..hanya si gadis kampung yang dahulunya hanya tahu memegang pandel gerobak..penjolok koko..pemungut biji kelapa sawit dan sebagai gadis kilang untuk mncari sesuap duit (heheheh tukar ye) untuk membayar yuran sekolah aku ni..walaupun takat stpm saja pun ok lah...nak teruskan kesian mak aku yang tiap2 hari merepek kepenatan..kesian kah cerita aku hihihiih..

walaweyyyy ni bukan nak cerita sedey2lah..meh kita enjoyyyyy...ahh nanti ler aku buat kan cerpen untuk korang yer pasti korang semua takap leleh punya baca novel aku tu..hak...hak..hak

Tak lama Lagi masuk lah Tahun 2011..andukk sedey plak rasanya nak tingal kan tahun ni..moga akan tercapai lah di tahun hadapan apa yang belum tercapai di tahun 2010 ni yer..moga kalian bertambah lah bahagian dan ceria selalu dan bagi ku tetap mengharapkan yang satu ni datang dan tercapai la impian aku walau pun terpaksa melalui pelbagai dugaan( kesiannya egkaw)...

wel...wel...selamattt yerrrrr..

Wednesday, November 10, 2010

Saja-saja

Lama rasanya tak update blog..masa tu banyak cuma 1 penyakit ni tak boleh dielakkan
(Apalagi kalau bukan penyakit malas) hehehhe..terasa bosan hari ni..rasa bosan baru nak update blog..nak ber mukabuku(facebook) pon borink juga..

Dalam keboringan ni pun aku,tengah memerah kan otak ni..nak majukan hidup,buat perancangan masa depan,walaupun tiada siapa tau,dan baca blog ku ini..lagi best..bolehlah ku buatkan diari hidup ku inew..hehheh..

Aku mengharap kan segala perancangan ku semua berjalan dengan lancar,ku ingin membuka sebuah kedai walaupun tidak seberapa besar mana,yang penting aku boleh memperolehi pendapatan yang masyuk,sudah bosan rasanya bekerja untuk orang lain,apa salahnya aku bekerja untuk diri aku sendiri,selama 10 tahun mengabdikan diri untuk org lain..oohh kesiaan diri ku ini...MaJu Lah DiRi UnTuk NeGaRa yehhh..

Harap2 semuanya berjalan dengan lancar,dengan bantuan Suami Yang tercinta..

Dan pada Suami ku Yang tersayang harap sabar ye..Masanya akan tiba jua..Tuhan Itu MAha Adil..Moga KebahaGian Yang HaKiki Berpihak kepada kita..Si Dia Pasti akan Menjelma jua Aminnnnn...

Saturday, October 16, 2010

My parents

saja nak upload2...ni la hobi dikala ku keboringan..cuci2 mate sambil minum kopi oooo..



My mom yang comel loteh...tapi suka buat berita terkini HEhhehe



ni My dad...wif my nepnew yan nakal dan bebal

Produk Muka Ku

Hulla hellopp...hari ahad yang besa2 saja buat aku..boring2 macam ni lah baru aku nak update my blog..hari2 lain terstop lah ia....kena tumpukan pada life dah kerja aku yang tak seberapa ni..ok di entry ni saya nak kongsi sikit mengenai produk2 yang saya gunakan,produk2 ni lah yang memflow less kan kulit muka ku..banyak juga kengkawan tanya apa produk ko pakai..ok di sini,saya pecah kan rahsia untuk korang2 semua heheh..nak menjaga kecantikan ni kena lah melabur sikit..biar mahal sikit yang penting selamat untuk kulit makcik2 semua,


Loreal white Perfect


Benda Ni saya Gunakan hanya di waktu malam sahaja..produk ni memang bagus..bukan nak promosi yer...tapi ni memang dah terbukti,hasil dari pemakaianku memang ada nampak perubahan pada kulit muka..nampak Pink Baby comel gittu...heheh memang ok lah untuk kulit muka..nampak gebu..dan bau nya pun wangi,



Sri Mawar

Yang Ni pulak Saya gunakan di waktu siang Krim uv Sri mawar..krim muka ni memang bagus sekali walaupun harga dia 50++ tapi memang puas hati,jerawat yang mula nak keluarkan pun tak jadi sebab krim ni mengandungi Vitamin E..kalau pakai muka akan nampak lembab,pink calour..(Belia Pink NI)Frist saya berjinak2 dengan krim muka ni saya masih ingat lagi..krim temulawak,2 x pakai jer..pastu bagi ngan mak aku,pastu krim shurah..krim ni ok juga mmg bagus pakai sebulan jer..pastu transfer..and then krim safi,safi gold eii macam2 lagi lah sib baik kulit mukaku ni tak meragam,and lastly krim uv sri mawar ni lah yang kekal sampai sekarang(eksyen nak mampus pakai yang mahal) bagi yang ada masalah kulit muka tu,korang cubalah beraloiiii..:P




Simplysiti lose powder,blusher

Benda alah ni pulak saya gunakan selepas memakai krim uv Sri Mawar,jadila muka ku yang ala2 dato siti Nurhaliza konon(Perasan)benda2 ni saya gunakan sewaktu nak pegi kerja atau bersiar2 dengan suami...memang bagus dan tak sememeh kalau guna produk simply siti ni...




Jadi aku kena labur kan 100++ untuk beli benda2 ni semua..memang macam tu lah kalau nak nampak cantik..kena ada pelaburan sikit,tu lah kena kerja...nak harap suami kesian juga..hihiih..ok selamt mencuba..

Saturday, October 9, 2010

Al-Kisah Si tanggung

hellopp sudah lama rasanya,saya tak mengupdate blog ni...maklumlah terlalu sibuk dengan life ni..sapa nak tolong saya...kesian kan semua perlu di lakukan dengan sendirian dan juga bantuan dari suami terchenta...uuuhh

Benarla bak kata pepatah,seorang ibu dan bapa sanggup berpenat lelah membesarkan 10,8,6,5 anak,Namun ada kah kesemua anak tersebut sanggup memelihara ibu dan bapa tersebut,..Kisah ini ada lah benar2 berlaku dan berada di hadapan mata saya sendiri..

Kesian..benar2 terharu dengan nasib si ibu dan bapa tersebut..mereka mempunyai ramai anak lelaki,anak2 teruna tersebut yang dahulunya di tatang bagai minyak yang penuh,dibela di puji dan puja berbanding si anak dara..alasan mereka.lebih baik pelihara seekor kerbau berbanding seorang anak dara yang tidak memberikan apa2 maknadan hanya layak berada didapur..Sadis...pemikiran cetek tersebut mungkin yang telah mamakan diri mereka..kesian si dara...







Namun setelah si teruna berjaya dalam bidang masing2 orang tua langsung tak di ingat..makan,minum,sakitnya semua tak diambil peduli..ntah la kesian,nasib baik si anak dara yang dahulunya yang lebih baik memelihara kerbau tu sentiasa membantu,walaupun hatinya perit sedih,kecewa terhadap mereka..namun dia sedar tanggungjawabnya pada orang tu,dia meluah kan perasaan kecewa padaku,hanya nasihat kesabaran,ketabahan yang dapat ku berikan,ku doakan moga mereka2 itu berubah dan ingat terhadap tanggunjawab mereka,dan kepada si dara,teruskan usahamu,teruskan tanggungjawabmu walau pun tak sebesar mana,lakukan dengan ikhlas demi orang tua mu,dan kerana Allah Taala,moga hidupmu di limpah kan dengan kebahagian dunia dan Akhirat..Amin.....

Tuesday, August 10, 2010

1 Ramadhan

yahoo..hellooo terasa best nak masuk Bulan Ramadhan,Bulan yang Mulia ini..di saat-saat ini lah seluruh umat Islam akan melakukan Ibadah puasa,menahan diri dari Lapar Dan dahaga,termasuk juga diri aku,semoga kalian, bukan sahaja menahan lapar dan dahaga,tahan lah diri kalian dari melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan ahklak dan akidah,jaga pembuatan,mulut,telinga dari perkara yang di murkai olehNya,sama2 lah kita melakukan ibadah..dan semoga kita medapat keberkataan dariNya Amin...

mcm ustazah pulak aku ni hehehe..takpa sekadar mengingati buat teman2 yang suka skondeng blog aku ni,walaupun taknak masuk follower..eleh temberang ko...emm di bulan Ramadhan ni lah juga kita boleh menambah kan pendapatan bagi yang berniaga..tapi nak dijadikan cerita tahun ni tak dapatlah aku nak berjualan songkok..hiasan,dan segala apa tu..bukan nya aku tak nak..tapi tahun ni ku rasa penattttt sesangat..punca kepenatan tu lah ku tak tau dari mana datangnya..penat jiwa,penat fizikal..penat otak lag,hati ku yang lemah lembut ni pon penat juga..fuhh,

kekadang bosan juga melakukan kerja yang aku buat sekarang ni..ishhhh menyampah lah..tak sabar aku nak bla...ni disebbkn nak habiskan bayar keta lah ni aku stay bekulat..becendawan behabuk di tmpt tu ishhhh gerammm ..geram lagi kau dengan setengah org tu mcm munyitt..kuyattt nyampah..pasal ko ndak blah....
ehhh posa plak ni ..telebey sudah ni hihihiih..
selamat beposa semuaaaaa...

Tuesday, July 27, 2010

Hujan..oh Hujann

Aduhhhh dari semalam hujan terus..balik kg cadang nak bermalam 2 hari..tapi hujann turun lebat,takut banjir..terpaksa la balik bandar..tak dapat pegi kerja nanti susah oooo..kesian mak ku kesorangan di sana..risau juga hati..tapi tak pa..mak aku hebat..hihhii (love my mum),

time ni tengah kerja..aduhh malasnya mau bangun p kerja ni..emmmmm...ok takpa..takpa.kerja jer ko aurora(hahahahh) sengal ni


>
warkkkkkkkkk...bosan lerrr apahal ni erkkk..help..help..apa benda ku nak wat g ni erkk
..dalam kebosanan tahap gaban ni,ntah apa jer ku wat tempat kerja ni..dengan penuh kerajinan yang ke tahap gaban dek potong 3 ni..ku amik penyapu..cuci tandas..ahahah adusss tolong lah kau nor...tak puas hati g..amik mop..dengan mulut membebel pasal derang tu yang entah makan gaji buta ker..tau gaji celik..geram jugak kadang2 tau..ishhhh siap buang angin merata tempat..kalu pon ko dendam kat aku ni..pakai lah bom sebenar..ni entah bom apa jer dia pakai ni...bikin panas...


Arhhhh ciap udah kerja i..hiih ni tengah layan lagu stacy plak..(jahat budak jahat...jahatnya kamuuuu) cewahhh mcm aku plak yg menari dalm video clip tu kah..kah..perasan tau...emm tapi mmg ku sebenarnya suka menari...best tau..ahhh kalu nak shuffle kontek saja pon aku ni kalau nak lawan shuffle.hahhaha

Sunday, July 25, 2010

FEWWW WITT

Bismillahirrahmannirrahim..

kiu3x...aduhh penatnyaa rasa hari ni..hari minggu pon kerja jugak..tulang belakang rasa sakit..kira letih tahap gaban lah ni...tapi demi sesuap nasi tabah kan hati la yer hihih..

hari minggu besa lah semua kengkawan bercuti.ahhh bos pun cuti juga tau.(aku jer yang kerja ni),teringin juga rasanya nak join sekaki dengan rakan bisnes yang lain buat promot barang di pasar minggu,best..pendapatn pon bley meletopzz u alls..banyak perkara yang nak dilakukan tapi kengkagan kerja ni buat ku tergari...

stres pon ada jugak...besalah tengok rakan yg lain bahagia dengan kehidupan masing2,saya bukan tak bahagia sebenarnya,Bahagia Genggggg..hehehe cuma ada kurang sikit,mungkin si comel belum menjelma lagik ni..sabar..sabar kau puan Aurora( perasan sikit twittt)Rezeki Tetap Tuhan bagi,Yang penting Sobarrr..




Hari ni juga saya dapat berita gembira dari teman ku yang bernama si siti hajar..heheh kabar gembira tu anak dia selamat menjalani pembedahan(rahsia tauu...)
syukur Alhamdulilah dah comell balik hihihh nak tiummmm..

ahhh ni gambar2 Ting Tong semuanya ni..saja2 bah hihihi..kiu..kiu...

Tuesday, July 13, 2010

COKLAT MINDA..SEDAPP

Hello semua...

Lama tak open blog,besala.fb saja,sampaikan blog ku tercinta ni tak terlayan,walauapapun setia hari saya akan memantau my blog yg tak seberapa ini..


ok di lebarkan cerita,aku nak kongsikan 1 produk kat korang semua, terbaru di pasaran yang sesuai untuk ibu2 yang mempunyai anak yang bermasalah.seperti malas belajar,susah di suruh,lambat bangun pagi,lambat membaca dan pelbagai lagi.

oleh itu anda boleh atasinya dengan memberikan anak anda COKLAT MINDA

dimana produk ini boleh membantu anda mengatasi masalah berkaitan anak2 puan2 semua

untuk maklumat lanjut boleh klik web di bawah


http://coklatminda.com/norya

Tuesday, June 22, 2010

DETOXIFYING FOOT PATCH





Detox foot patch murah..untuk kawasan tawau dan sabah sahaja.
untuk pembuangan toksid dalam badan dengan hanya melekatkan di tapak kaki anda semalaman..sila mesej 0168207879 untuk tempahan tq


1-20 keping = Rm2.00

20-50 keping = Rm1.80

60 keatas = Rm1.50

pos Free By hand sekitar tawau

Kawasan Luar Tawau Rm8.00 pos



Cara Pengunaan
1.buka pelekat
2.lekatkan Bahagian Yng BErtulis di pelekat
3.pastikan Bahagian Yang Berherba Mengadap Telapak Kaki
4.Anda perlu memakai oyok ini 5 hingga 8 Jam




TANDA-TANDA TOKSIN BANYAK DALAM BADAN

.kerap sakit kepala
.badan berasa letih tanpa sebarang sebab
.susah bangun tidur
.bahagian keliling mata gelap
.Bahagian2 tertentu di permukaan kulit seperti bahagian bawah lengan,
celah peha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap dari warna asal
.banyak angin,alahan,inflamasi pada sendi.
.sinus
.berat badan meningkat
.kehadiran selulit
.masalah jerawat


TAHUKAH ANDA?

Tahukah anda kandungan toksid yang merbahaya di badan anda sekarang?
pencemaran,pemakanan,dan cara hidup anda sekarang menyebabkan kandungan toksid yang
merbahaya telah meningkat didalam badan anda.Rawatan Tradisonal di asia sering mangaitkan bahawa kebanyakan bahagian tapak kaki adalah berkait terus dengan organ-organ penting dalam badan.Oleh itu dengan pemakaian koyok kaki membuang toksin badan telah lama digunakan di Asia dan mula popular di Eropah.ramai Telah mengunakannya dan telah berpuas hati dengan hasilnya.

BAHAN-BAHAN

.Bamboo Vinegar
.wood vinegar
.chitosan
.dokudami
.Loquat Leaf
.Vitamin c
.Vegetable Fiber
.Tourmaline
.Cornstarch

IBU MENGANDUNG & MENYUSUKAN ANAK SERTA YANG BERPENYAKIT JANTUNG
TIDAK DIGALAKKAN MENGGUNAKAN DETOX FOOT PATCH.

Thursday, April 15, 2010

Kosmetik yang HOT..

hai..semua..kepada anda yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman boleh lah mengunjungi blog saya ni..hari2 pun takpa yang penting enjoy...manalah tau ada yang berkenan kan..N..Semua harga ni hanya untuk sabah,dan belum termasuk wang pos..



BB Cream Rm78.00




ahh..yg ni pulak powder yg sangat glamour di korea dan jepun,saya dah pakai dodo ni..memang hot,,rasa macam si yang chun artis korea tu.powder boleh membuat muka yg tembam atau bulat menjadi tirus,dengan infek 3D yang di timbulkan oleh refleksi cahaya,tahan air,keringat dan membuatkan kulit wajah halus bercahaya,serta memelihara kelembapan kulit,sesuai di pakai bersama BB Cream untuk hasil yg menakjub kan..



Dodo palgantong powder Rm46.00




Dan yang ini pula beatuee ampoule face
beatuee ampoule ni mengandungi chemical..tiada bahan pegawet atau pewangi,ia berkesan kepada semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitif....




Rm60.00 1kotak x10 botol

produk kecantikan ni lah yang selalu di gunakan di salon2 kecantikan..

Tuesday, April 13, 2010

BIO AURA

Hai..hai semua..mcm cip more kan..sekejap ada..sekejap takda..ni saya nak bagitau ..kepada anda yang masih lagi mancari perniagaan sampingan boleh lah mengunjungi blog saya yang suam..suam kuku ni hehe..diskaun tetap di beri..biar pun bukan 100%..tapi percent tetap ada..DANNN kepada anda yang beminat untuk perniagaan BIO AURA pon bley email/sms saya..saya akan perkenalkan pada si lady first ni..dia bley tolong..bisnes ni memang bagus dan menguntung kan..Apa kata orang bisnes Dalam Kumpulan,tak mementing kan diri?..Merepek jer saya ni..jangan lupa..ahahhh

Thursday, April 8, 2010

haloooppp ..salam jumaat semua..moga kalian dalam sejahtera..dah sihat selalu....kepada anda yang ingin melihat corak2 kain boleh lah email saya..tak dapat upload lah disini..kamera dah rosak..hihihih..



ahhh ni dia shawl TRAFIK LIGHT..murah je..semuanya Harga RM15.00 sahaja..



TF01 2 anvailable

TF02


TF03

TF04

Tuesday, February 16, 2010

MAKE UP JENAMA MANLY









Hello everybody..lama tak masuk blog...sebenarnya bay mash lagi belajar nak mencantik kan kedai blog saya ni..

ok kepada pengunjung blog saya ni..disini saya ada menjual makeup jenama MANLY
jadi kepada mak2 andam ka..untuk kegunaan sendiri ka boleh dapatkan dari saya dengan harga yang murah dah berpatutan...korang2 semua jangan risau mengenai makeup ini tau, memang sesuai untuk makeup pengantin atau kemana saja jika anda ingin bermakeup

Saturday, January 2, 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2010...

Yeiiiii dah masuk tahun 2010..tak telambat rasanya saya ingin mengucap kan HAPPY NEW YEARS 2010..Semoga tahun 2010 akan menjadi 12 Bulan penuh GEMILANG,52 minggu penuh KEBAHAGIAN,365 hari penuh KEBERKATAN,8760 jam Penuh KASIH SAYANG,525600 Minit penuh KESYUKURAN,Dan 31536000 Saat penuh SENYUMAN..HAPPY NEW YEARSSS 2010..wahai wanita yang jelita..tambah kan kejelitaan anda dengan cocoacollgen power plus..anda cantik sapa yang bangga..andaa jugaaa...:D

digoyang pica-pica..

MyEm0.Com heloo...sambil baca-baca jemput minum kopi yer..dan jangan lupa sila klik si nuffnang itew...terima kasih..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...