senang..senang klik bah ni..

Thursday, March 24, 2011

Aku adalah Wanita Perkasa..

Asalammualaikum..hai somaa..moga kalian dalam mood kegembiraan..mood kecerahan..walaupun sekarang musim mendung,hujan,mendung..panasnya hanya sekejap saja..kata mak aku" sekarang Mendung satu Dunia"...ewahhh..ewakkkk..sesuka hati jer dia nak buat kajian cuaca...ermmm kalau tanya balik dari mana dapat maklumat tu..


Hahh dia jawab Balik" Kami ni orang dulu-dulu ndak payah pakai mesin tgok cuaca..pakai matahari saja..urmmmmmm...ok jugak ni...jimat kos huhuhu...


ok berbalik Tajuk diatas "AKU ADALAH WANITA PERKASA"..iya wanita...bukan saja aku..malah wanita di seluruh dunia juga merupakan wanita perkasa..perkasa dari segi mental,fizikal dan emosi...wanita penuh dengan kesabaran..


cuba korang bayang kan betapa besarnya pengorbanan seorang wanita terhadap kehidupan ini..untuk keluarga..bangsa dan negara...

bagi wanita yang berkerjaya banyak melakukan pergorbanan yang amat besar..berkorban masa untuk suami,anak,dan ibu bapa..

oleh itu Wahai kaum adam di luar sana..sayangi lah kaum wanita ini seadanya..jangan di sakiti dan di sia-siakan.Bagi yang berumah tangaa ringan-ringan kan la tulang tu membantu isteri di dapur..jangan nak goyang kaki sambil minum kopi jer...


Majula Wanita untuk Negara...

Monday, March 21, 2011

Tsunami

hiiii belum terlambat lagi untuk saya memperkataan tajuk diatas..banyak betul nak ditulis oleh fikiran saya ini...tapi semua pun dah jadi Habukkk berterbangan..almaklum lah kehidupan yang sibuk..sibuk dengan family..diri sendiri yang belum sihat sihat lagi..dan juga kedai yang perlu dimajukan huhuhuh..kepada anda atau pelajar-pelajar boleh la datang ke tempat kami untuk print,copy dan sebagainya..(cewahhh sempat Promot lagi ya...) Tapi ni bagi kawasan tawau saja erkkkk

okkk berbalik Pada tajuk. TSUNAMI...adakah ini suatu bala,atau ujian daripada yang Maha Esa..Selepas Aceh Di timpa malapetaka yang mengorbankan beribu-ribu mangsa dan juga harta benda,Kini Negara jepun Lagi yang Dilanda bencana Alam Tersebut....



Tsunami yang berlaku di jepun baru-baru ini juga turut mengorbankan banyak mangsa dan juga harta benda..KESIAN..hanya itu saja yang mampu ku ungkapkan dari ulas bibirku...bukan saja bencana alam yang menimpa jepun...kebocoran gas Nuklear turut mengancam nyawa penduduk jepun melalui Radiasi dari Loji Nuklear..memang banyak Betul Dugaan bagi Negara Jepun..Kita sebagai sebuah Negara yang aman..dan jauh daripada likaran harus bersyukur Kepada yang MAha Esa dengan Nikmat Yang diberi..






Walaupun kita tidak dapat membantu dengan wang ringgit,doakanlah yang terbaik untuk rakyat jepun Walaupun berlainan Agama,bangsa Dan Budaya..Bukankah mereka juga adalah Makhluk Ciptaan Tuhan..


kita berharap Negara jepun kembali seperti biasa dan tabah menghadapi segala Ujian ini..dan satu Sikap orang jepun yang harus dipuji ialah sikap berdisiplin mereka.Tiada Rusuhan..tenang serta bersatu padu menghadapi segalanya..Kita patut mencontohi sikap baik orang jepun tau...



Majulah bangsa untuk Negara

Takziah kepada keluarga Mangsa..

Sunday, March 20, 2011

Fluuuuuu

samekummmm..


hi mood demam hari ni..tak tau napa la saya ni murah di serang sebarang jangkitan kuman yang lakhanat tu...


bermula lah citer..semasa aku mengendong baby yang cumil loteh ni..baby ni kena selesma..tapi aku tak kisah aku nak gendong jugak sebab dia comel,nak cium-cium jugakkk dengan terernya aku mengamil lah si bby comel ni..


dengan tak pasal-pasal si baby comel ni bersin dengan sesuka hati dengan sora comel loteh nya tu kat muka akuni ngam-ngam dekat lobang hedung aku ni...


Dalam hati tak pa cayanggg kecik jer kuman ko tu nak jangkiti makcik ni yang dah besar ni,dengan angkuh nyaaa


last-last malamnya mula lah ahhhhcummmmmm...ahhhh cummmmm...ahhh cummmm nahhh ambik koo..riak nak mampos kan tu lah..hehehehe



dah sampaikehari ini aku kena serang demam sesema..sora hilangg tapi ku bawa juak berjalan nak g my shopp..kalau tak aku sapa lagi nak jaga kedaini...nak dapatkan seposen duposen tu kannn ermmmm ..nanti kau bby comeyyyy....


Korang doakan saya cepat sihat dan sembuh ya....peacee :)

Friday, March 18, 2011

I HATE EYE BAGS..

HOLLAAAaaaa


salam dan selamat pagi sabtu semua..tajuk pagi ini ialahhhhh

"AKU BENCI EYE BAGSSSS"


warrghhh meman betul wa benci sama itu eye vags..kalau sia nampak itu cermin eiii..macam Tua sebelum waktu..


ok..di sini kita tengok apa punca-punca berlakunya eye bags...dalam bahasa melayu nya kantung mata..atau beg mata..tapi korang jangan konpius pulak ya..bukan mata tu ada beg..boleh letak makeup..bantal tau di jadikan beg doremon...


punca-punca terjadinya kantung mata:

Hal ini biasanya terjadi terutama untuk orang-orang yang telah mengambil terlalu banyak jumlah air atau cecair, atau makan makanan masin sebelum tidur. Pembengkakan di sekitar mata biasanya berkurangan selepas beberapa jam apabila cecair telah kembali diserap oleh tubuh.


• Penuaan adalah faktor lain kerana kantung mata. semaking kita berusia kulit juga tidak anjal lagi .kulit yang terletak di sekitar mata menjadi lebih tipis dan tipis. Kulit juga kehilangan elastisitas kerana itu menyebabkan lemak yang mendasari sekitar mata melondeh keluar yang menyebabkan apa yang kita sebut sebagai kantung mata.


• Kebanyakan wanita juga mungkin menderita pembekakan kantung mata selama tempoh kedatangan haid mereka. Hal ini kerana perubahan hormon bulanan dalam tubuh.


• Ada orang bangun pagi memiliki mata bengkak walaupun mereka mempunyai cukup waktu tidur semalaman.ini mungkin di sebabkan oleh alergik..seperti memakan makanan laut atau pun mempunyai penyakit resdung macam saya ini...hari2 bersin..kena habuk sikit bersin..habis bersin mata pun bengkak eiiii buruk sangat..lagi satu dari pengunaan bantal..sila berhati2 memilih bantal ok...


• Jika pembengkakan di sekitar mata ini serupa dengan beg bulat daripada bengkak hanya sederhana, sila rujuk pada doktor anda kerana mungkin merupakan tanda penyakit yang berlaku di tubuh kamu iteww , biasanya dihubungkan dengan keadaan tiroid yang biasa dikenal sebagai penyakit Grave. Hal ini juga boleh dikaitkan dengan masalah buah pinggang.atau pun ada ulat mulung dalam tuh...:P


ok...dah dapat tau sebab-sebab berlaku nya eye bags aka kantung mata?
sekarang tips-tip pulak yang kita cari untuk mengurangkan kantung mata ini..walaupun tidak hilang sepenuhnya..masalah kantung mata ini juga yang buat muke kitew jadi tua sebelum waktu walau usia 15 taun hehehe..




Tips untuk menghilangka kantung mata:

• Basuh air sejuk(air ais) pada wajah anda kerana air sejuk membantu dalam peredaran cecair. Juga menekan dengan lembut di sekitar di bawah mata anda. Cecair yang berada di sekitar mata anda akan di serap oleh tubuh anda..urut secara perlahan-lahan..sebab kawasan bawah mata mempunyai kulit yang sangat sensitif dah tipis..


• Teknik seterusnya telah banyak dilakukan oleh orang yang Mengalami penbekakakan mata pagi. Mereka meletakkan sudu di dalam peti ais untuk beberapa minit. sudu sejuk tersebut kemudian akan digunakan untuk menutup mata untuk mengurangkan kantung mata.


• Anda juga boleh menggunakan dua uncang teh yang telah di gunakan dengan menempatkan pada mata tertutup selama kira-kira 15 hingga 20 minit. Teh adalah baik untuk kulit kerana membantu dalam mengetatkan kantung mata pori-pori dan mengurangkan kantung mata yang berlaku.



• Jika anda mengesyaki bahawa mata bengkak anda kerana reaksi alergi terhadap makanan dan bantal anda, anda sentiasa boleh mengambil pil antihistamin untuk meringankan keadaan tersebut.


• Kurangnya istirahat yang cukup merupakan salah satu penyebab paling utama untuk berlakunya kantung mata. Seiring dengan penghidratan yang baik, berikan tubuh anda rehat yang cukup, cuba untuk tidur lebih banyak.



sekian jangan lupa tau amal kan selalu yang memgalami masalah kantung mata ni...kejelitaan adalah hak milik setiap insan yang bernama wanita .....cewahhhh








ni kantung mata..eiiiii benci lahhhhhhhhhhhhhhhhhhh...






nak muka comey macam ni boleh ke? ermmmm

Thursday, March 17, 2011

Terlupa ID

warrggrrrghhhh...gerammmnyaaaaaaaa...oppsss tunggu2 nak beri salam dulu pada korang-korang semuaaa.Asssalammualaikummmmmmm....jawab..jangan tak jawabb.ermmm..lama rasanya tak update blog ni..mau Tulis "AWAY" pun tak boleh...

aaahhh nak tau sebab napa tak boleh..sebab aku terlupa Iddddd ngan Pasworrddd niii eiii geram sangat..di tambah kan lagi modem broadband ku yang dah bengkang bengkok ni...entah lah sejak menjak...menjak ni soma ndak betul sudah..2 hari simkad phone aku offline..ingat ada masalah line..rghupa-rghupanya simkad aku terbalik..choiiii....kesian mak aku call tak dapat-dapat.

Balik Rumah emmm dah kena sebijik..mak aku cakap "kenapa jugak nobor mu indak dapat..bgaus tidak payah be talipun...kita mau pesan belacan kah..bawang kahh apakahh..senang kita besakap" hehehhehe

sollyy ooo itu orang sudah jadi ahsau..sudah nyanyuk ooo inakkk...


macam ni lah kejadian..otak dah penuh..nak tambah doblas gik dah ni...

ni mau pegi beli kismis ngan madu agar tak sewel lagi....

digoyang pica-pica..

MyEm0.Com heloo...sambil baca-baca jemput minum kopi yer..dan jangan lupa sila klik si nuffnang itew...terima kasih..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...