senang..senang klik bah ni..

Friday, July 1, 2011

Petua Fesyen Untuk usia menjangkau 30 keatas

Hellowww petua untuk saya sharekan, untuk korang-korang yang akan menginjak 30+++,kerana kesilapan cenderung dilakukan di usia ini,dimana ada dikalangan golongan ini berfesyen seperti REMAJA,seperti berbaju terlalu kecil dan pendek serta terlalu ketat..


Berikut Adalah tips-tips yang ingin saya kongsikan kepada kamu..kamu..hanyalah kamuuuu...

SELUAR: Bagi anda yang akan mengijak usia 30 tahun++ zaman seluar koyak sudah tidak sesuai untuk anda..memang fesyen ini cantik melekap di bandan kamu pada usia 20an dahulu,tetapi ia akan membuat kamu kelihatan selekeh dengan fesyen sebegini..lain lah tua-tua kepayas...makin tua makin mengayas..hikhihk,CARAnya..pilih lah seluar jeans jenis KLASIK,serta Seluar jenis KHAKI yang boleh di gayakan dengan BLOUS dan KEMEJA T..


SKIRT: Skirt terlalu pendek dan singkat paras peha memang tidak sesuai digunakan usia seperti kamu diambang 30++..BAgi anda yang biasa mengunakan skirt,gunalah skrit paras lutut..atau pun Gaun labuh sesuai dengan usia kamu...


KEMEJA
:Kemeja-T kasual, vintaj atau lusuh memang kelihatan trendy untuk golongan remaja dan wanita muda. Seperti seluar jean koyak, ia hanya akan membuatkan wanita dalam golongan usia 30 tahun ke atas seperti ‘menjerit meminta perhatian’ - tetapi bukan perhatian yang sepatutnya!

apa yang tertera pada kemeja-T mampu menterjemahkan personaliti seseorang, jadi pilih corak atau tulisan yang tidak keterlaluan.


AKSESORI
:penggunaan aksesori amat penting dalam menata gaya berbeza pada setiap busana. Kunci utamanya ialah pemilihan aksesori yang mampu menyerlahkan lagi busana yang digayakan.

Apabila mengenakan busana polos, padankan dengan aksesori sarat sama ada beberapa juraian rantai atau secekak gelang dempak. Lakukan sebaliknya jika busana sarat dengan corak. Minimumkan penggunaan aksesori.

No comments:

digoyang pica-pica..

MyEm0.Com heloo...sambil baca-baca jemput minum kopi yer..dan jangan lupa sila klik si nuffnang itew...terima kasih..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...