senang..senang klik bah ni..

Wednesday, February 9, 2011

bomoh tererrr sekadar untuk senyuman..

bomoh hebat!!!!
Alkisahnya seorang bomoh yang sangat3 hebat mengalahkan bomoh dalam hantu kak limah tu...pada suatu hari yang suram, datangla abu hurairah dan sahabatnya sulaiman untuk mendapatkan rawatan tradisional sekaligus meminta nombor ekor ala2 ngangkung gitu..
sesampainya di rumah bomoh tersebut, baru je abu hurairah dan leman nak bukak mulut perkenalkan diri,terus je bomoh ni ckap x pyah perkenalkan diri.."tak perlu anak muda... atok dah taw sapa nama kamu"... "kamu ni abu hurairah kan? dan kamu sulaiman kan?"

terkejot berok abu hurairah dan sulaiman dengan kehebatan bomoh tersebut... dalam hati mereka,mesti bomoh ni dah taw msalah n tujuan aku datang sini... so abu hurairah pon dengan rendah dirinya tanya "mana atok taw nama kami?"... atok pon jawab, " kamu pakai baju kerja, ade nametag" atok tgk kat nametag

Tuesday, February 8, 2011

cerita tak bleh blaa..18 sx..hati2 namakan bluetooh :P

Sudah enam bulan Azman tak pegi shopping semata-mata nak himpun duit beli handphone baru. Maka hari ini tercapailah cita-cita Azman untuk memiliki handphone Nokia yang boleh serba serbi itu. Di beleknya handphone kesayangan sambil menekan butang keypad. Bila tiba pada pengaktifan Bluetooth, maka Azman berfikir apakah nama yang sesuai untuk diberikan kepada identiti Bluetoothnya, maka tanpa berfikir panjang Azman menaip "Lancau Bapak Lu!" sambil tersenyum happy.

Satu hari, Azman pegi ke kedai hanphone untuk donlod lagu terbaru, sampai ke kedai Azman terus memesan 20 lagu untuk di donlod ke dalam fonnya. Taukey kedai terus suruh Azman ON kan Bluetoothnya, maka setelah di ON, taukey kedai pun semacam tak percaya terus tanya Azman.

"Ini Lancau Bapak Lu ka" Taukey tanya Azman sambil tunjuk pada handfon Azman.

"Bukan ini handphone gua baru beli" Azman jawab sambil pandang muka taukey kedai semacam jer.

"Wa tau, wa tanya ini Lancau Bapak Lu, lu punya nama ka" Taukey ulang sekali lagi.

Azman terus hilang sabar, di hempuknya muka taukey kedai dengan henfonnya sambil kata...naah amik lancau bapak kau. Taukey terkejut beruk sambil kata "Ini macam punya olang pun ada ka, haiyaa"

Azman belah balik rumah tak jadi donlod.

Thursday, February 3, 2011

Resepi Sup Ayam ABC

ehhh..ehhh apa mimpi aku nak bagi resepi ni pula..sesaje mood rajinlah katakan..

korang ingat ice abc jer kah ada hah..jangan ndak tau sup ayam pun boleh dipermudahkan semudah ABC..macam iklan Tv tu hehehe..ok saya ajar untuk awak-awak semua yer,bahan yang di perlukan untuk resepi ni:

bahan-bahan:
1 ekor ayam(dipotong sesuka hatimu lah)
2 biji lobak putih dipotong bulat
2 biji lobak merah dipotong bulat
3 biji ubi kentang dipotong 4..
7 biji kurma merah (yang ni beli di wahcoi pun ada :P)
2 ulas bawang putih(ditumbuk pakai lesung ya..bukan tangan)
2 ulas bawang merah('')
1 ulas halia di hiris nipis
2 tauhu di belah 3,dan di potong dadu.
Garam dan juga perasa
(rempah sup empat sekawan)


cara membuat:

Ayam yang telah dipotong dibersihkan dan toskan,kemudian tumis bawang merah,putih,rempah sup empat sekawan dan halia hinga naik bau,masukkan air secukupnya berserta ayam yang telah di bersihkan tadi.. masuk semua bahan seperti lobak merah,lobak putih,ubi kentang dan juga kurma merah,kemudian garam dah juga serbuk perasa secukupnya..masak hingga empuk dan sedap..







Tadaaaaaaaaa dah siap senang jer kan...hahhh bagi musim hujan, mendung-mendung,sejuk-sejuk gunung kinabalu sedap melahap sup ni..ini la kegemaran aku..makan sup-sup, sedap weyyyy..pic later saya upload yer..


p/s:kurang minyak dalam masakan yer...

Gong Xi Fa Cai..

HAlloo salam jumaat sekalian...wahh baru ada hati aku nak berblog ni hari..tapi tiap kali ku nak update blog mesti mood tu datang hari jumaat..Apesal pulak ni ya...harap2 jangan tiga jumaat lagilah...huhu jangan pikir pulak aku nak mati ya..aku nak berbahagia la...



Merepek..di kesesempatan ini aku ingin mengucapkan HAPPY CHINES NEW YEARS...AND GONG XI FA CAI..bagi yang menyambutnya dan seluruh warga sabah khususnya dan seluruh rakyat malaysia...(Ewahhhh ucapan mengalahkan isteri perdana menteri ko nyah...)



Tahun ini ada tahun arnab bagi masrakat china..tahun yang membawa rezeki..iya ke? aha iya la..kena usaha baru rezeki tu datang..betul tak...dan bagi yang lahir tahun rabbit ni..mesti GIGI dia pun macam Rabbitkan..hahahah soly ahhh wa gulau saja ooooo




bagi yang bercuti selamat bercuti yer...jaga diri hiasi peribadi..tak lah macam hamba ni..hari-hari adalah untuk kerja..dan kerja untuk hari- tak lama lagi aku nak pegi umrah lah kalau macam ni..Aminnn....

Thursday, January 27, 2011

Sahabat...

SAHABAT...fuhh apa kena dengan tajuk entry kali ni..ya sahabat..sahabat sejati adala sahabat yang megerti..sanggup mendegar masalah kawan..berkongsi suka dua..betul lah bak kata perpatah..


sahabat berketawa senang di cari,namun Sahabat untuk menangis bersama terlalu sukar untuk dicari..Namun di zaman ini..di alaf ini sahabat hanya pada nama sahaja..berkawan hanya di waktu senang sahaja..Tapi apabila dalam kesusahan dimanakah sahabat itu?



Aku mempunyai beberapa sahabat karib dari sekolah lagi..telalu banyak ragam..terlalu banyak karenah..kadang-kadang aku rimas dengan gelaran sahabat karib tu..ya..bagi aku sahabat biasa-biasa lebih baik..sahabat yang sekali sekala bejumpa lebih baik dari yang kerap berjumpa..kerana kawan yang terlalu rapat dengan kita akan menjadi musuh pada kita di suatu hari nanti..bukti memang telah ada..dan berlaku pada diriku sendiri..



ciwahhhh netry di sambung pada akan datang .....:P

Wednesday, January 26, 2011

Allah Selamat kan kamu...

hollaaa..pagi sesaja nak doa buat korang semua pembaca Blog ini..MOGA ALLAH MEMURAH KAN REZEKI KALIAN AMInn




Hari aku nak Berkongsi Mutiara hati dan kata untuk korang semua..mana yang baik amik untuk Iktibar mana yang buruk tinggal kan..yer kawan-kawan sekaliannn hhee





Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.






Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.





Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.






Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.





Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.




Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.

Tuesday, January 25, 2011

Hellooooo averibadey

heyoooo cemuaaa..lama rasanya tak berblog..ni singgah jap jer ni..nak p vakum ..mop..sayu niii fuhhh banyak nyer sawang kat atas ni..hiihhi..ahh ngan lah ni umah spidergirls..maklum lah busy dengan tugasan harian..ditambah kan lagik bisnes baru nak bermula..mcm2 dugaan...macam kata2..









cabaran lah weiii..Tapi aku tak berniat untuk meyakiti sesiapa pun dalam hal ini..aku tiada niat untuk mesabotaj sesiapa pun dalam hal ini..aku tidak tahu why...why..:p..entah lah..bagi aku,aku nak buat sesuatu perubahan dalam hidup aku..aku takda level seperti mereka..aku perlu berusaha keras..perlu kuat dalam semua hal..Niat aku hanya satu Memberikan pertolongan pada yang memerlukan..aku berharap agar semua sukses...dan maju..cewahhhh macam sedey plakk hiihi thnks to.ana my patnership



wish la merepek lelebih plak aku ni ...bukan meroyan yerr..uhuhuuhuu korang2 sabar erk pasti entry yang terbaik dari ladang len kali..sabar erkkk...

digoyang pica-pica..

MyEm0.Com heloo...sambil baca-baca jemput minum kopi yer..dan jangan lupa sila klik si nuffnang itew...terima kasih..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...